Saturday, April 21, 2012

Ceramah Percuma 25 April, Ipoh



Satu ceramah percuma akan diadakan di Ipoh pada 25 April 2012. Lihat maklumat lanjut di laman web Aamir Agency :

http://www.aamiragency.com.my/products


Tuesday, April 26, 2011

Tabung Pendidikan Kanak-Kanak – Bahagian 2 – Pengurusan Risiko



Entri ini adalah sambungan kepada Tabung Pendidikan Kanak-Kanak – Bahagian 1 – Pengenalan. Secara umumnya, menabung dalam jangka yang panjang mempunyai beberapa risiko. Risiko yang paling besar adalah apabila orang yang menabung hilang punca punca pendapatan, sehingga menyebabkan tabungan itu terpaksa dihentikan separuh jalan, seperti :

a.       Hilang Pekerjaan
b.      Berlaku kecelakaan seperti kemalangan sehingga penabung tidak boleh bekerja
c.       Kematian penabung.

Jika tabungan pendidikan anak anda terhenti separuh jalan, akhirnya mungkin anak anda juga akan belajar separuh jalan!

Jika kita sedang menabung untuk pendidikan kanak-kanak, ada baiknya kita melihat produk insurans yang boleh membantu mengurangkan risiko tabungan anda.

Terdapat dua jenis polisi asas untuk pendidikan kanak-kanak yang utama, iaitu polisi endowmen dan polisi berkaitan pelaburan. Perbezaan antara dua jenis polisi ini adalah dari segi struktur dan juga jenis pelaburan.

• Polisi endowmen (simpanan)

Polisi endowmen menggabungkan komponen simpanan dengan perlindungan. Polisi endowmen mungkin berbentuk sertaan atau tanpa sertaan . Sesuai dengan namanya, polisi tanpa sertaan tidak berkongsi keuntungan kumpulan wang insurans hayat tetapi semua manfaat insurans dijamin sepenuhnya. Sebaliknya bagi polisi sertaan , sebahagian daripada manfaat insurans dijamin. Walau bagaimanapun, amaun manfaat yang akhirnya diperoleh pada masa polisi matang tidak dijamin kerana ia tertakluk kepada prestasi kumpulan wang insurans hayat sertaan syarikat insurans berkenaan. 

• Polisi berkaitan pelaburan

Polisi berkaitan pelaburan menggabungkan unsur pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan anda selaku empunya polisi. Ia menawarkan kefleksibelan kerana anda boleh menambah caruman premium bulanan atau menambah simpanan anda apabila pendapatan anda meningkat. Sekiranya anda ingin lebih agresif dengan instrumen pelaburan, polisi berkaitan pelaburan juga membolehkan anda memilih jenis dana yang anda ingin laburkan. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana pelaburan lain yang seumpamanya, ia melibatkan risiko yang lebih tinggi dan tidak ada jaminan pulangan pelaburan yang mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada yang diunjurkan. 

Tidak kira apa pilihan anda, paling penting : MASUKKAN RIDER MANFAAT PEMBAYAR!

Rider manfaat pembayar adalah tambahan kepada kepada kedua-dua produk asas di atas yang akan  mengecualikan bayaran premium sekiranya ibu bapa/ penjaga yang sah tidak lagi berupaya membayar premium polisi tersebut akibat berlaku peristiwa seperti kematian yang tidak dijangka, didiagnosis berpenyakit kritikal atau hilang upaya menyeluruh dan kekal. Dengan memilih rider manfaat pembayar, dana pendidikan anak anda akan terjamin sekiranya sesuatu berlaku ke atas anda sebagai ibu bapa/penjaga yang sah. 

Jika anda telah membeli insurans pendidikan, semak semula dengan ejen anda mengenai Rider Manfaat Pembayar.


Rujukan :

Thursday, April 21, 2011

MSAM 2011 : Penuh Meriah


Orang ramai terus membanjiri tapak pameran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011, di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh.




               Pelbagai aktiviti keagamaan seperti Forum Perdana, Program Al-Hidayah dan Al-Kuliyah serta pertandingan mengeja jawi peringkat sekolah-sekolah negeri Perak sedang diadakan di MSAM 2011 bertempat di Kompleks Sukan MBI, Ipoh, Perak.  Selain itu katanya, pengunjung MSAM turut berpeluang menjalani Pemeriksaan Percuma di Gerai Takaful selain berpeluang menyertai kuiz dengan menjawap tiga soalan mudah.






               Pengunjung-pengunjung juga  berpeluang untuk mengabadikan potret wajah mereka secara lakaran karikatur di gerai Kumpulan Utusan yang dibuka di sini pada Jumaat sehingga Ahad ini.





              Orang ramai yang mengunjungi gerai Maybank pula berpeluang mengumpul pelbagai hadiah termasuk wang tunai apabila memasuki mesin cash twister yang disediakan. Hanya yang perlu mereka lakukan adalah mengumpul sebanyak mana kupon yang diterbangkan seperti puting beliung sebelum ditukarkan ke kaunter dalam bentuk hadiah.

Datanglah Beramai-Ramai!

Monday, April 18, 2011

Taklimat Usahawan Takaful - Pendaftaran Masih Dibuka!


Bertemakan "Pelaburan Untuk 1Malaysia", acara yang akan berlangsung selama tujuh hari sehingga 26 April 2011 akan memuatkan pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Bukan setakat itu sahaja,syarikat-syarikat seperti Malayan Banking Berhad, Sime Darby Berhad, I & P Group Sdn Berhad, UMW Holdings Berhad, Chemical Company of Malaysia Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, MNRB Holdings Berhad, NCB Holdings Berhad, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, Pernec Corporation Berhad dan Takaful IKHLAS Sdn Bhd akan mempamerkan aktiviti perniagaan mereka di samping mengadakan pelbagai aktiviti lain untuk para pengunjung.

Taklimat Usahawan Takaful yang dijadualkan pada 23 April kini telah dipercepatkan ke tarikh 22 April (Jumaat) bermula pada pukul 8.00 malam sehingga 9.30 malam. Masih ada lagi beberapa tempat kosong untuk menghadiri taklimat ini. Untuk pendaftaran sila hubungi dengan segera 

Encik A'amir di talian: 012-5201515 sebelum 21 April (Khamis)



Wednesday, April 13, 2011

Taklimat Usahawan Takaful Percuma di MSAM 2011 - Daftar Sekarang!!


Satu taklimat PERCUMA mengenai bagaimana untuk menjadi Usahawan Takaful akan diadakan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 di Kompleks Sukan, Majlis Bandaraya Ipoh, Perak.

Taklimat percuma ini akan berlangsung pada hari Ahad, 23 April 2011 dan hanya dibuka untuk 100 orang pertama sahaja yang mendaftar.Sesi ini difokuskan kepada sesiapa yang mahu mengenali bidang perniagaan berasaskan produk islamik takaful dengan lebih dekat lagi dan bertemu dengan usahawan-usahawan yang telah berjaya dalam bidang ini untuk berkongsi pengalaman.

Anda boleh mendaftar secara PERCUMA dengan cara :

1. Menghantar email ke : aamier_19@yahoo.com dengan menyatakan nama dan nombor telefon anda.
2. Meninggalkan nama dan nombor telefon anda di ruangan komen di bawah.
3.Meninggalkan nama dan nombor telefon anda di dinding facebook atau dalam bentuk mesej ke http://www.facebook.com/profile.php?id=100002219135893

Jika anda perlukan keterangan lanjut sila hubungi Encik A'amir di talian: 012-5201515

Friday, February 18, 2011

Tabung Pendidikan Kanak-Kanak – Bahagian 1 - Pengenalan



Kos yang kritikal untuk pendidikan kanak-kanak adalah kos untuk memasuki universiti kerana perbelanjaannya yang agak besar. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari sudut masa, perbelanjaan ini hanya akan bermula ketika umur anak itu mencapai 18 tahun dimana dia mula memasuki institusi pra-universiti. Ini bermaksud ibu-bapa mempunyai jangkamasa selama 18 tahun untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak anda.  Berikut adalah langkah-langkah awal untuk merancang tabung pendidikan kanak-kanak :

1. Tentukan ;  tempat belajar, tahap kelayakan, university yang dipilih, bidang pengajian, dan jangkamasa pengajian.

Sebagai contoh, anda mahu anak anda menjadi doktor. Anak anda perlu masuk matrikulasi atau mengambil A-Level. Selepas itu anda mahu menghantar anak anda belajar ke Rusia atau Ukraine dalam bidang perubatan.  Yuran kursus perubatan di Rusia adalah sekitar RM200,000 selama 5 tahun (antara termurah di dunia), tidak termasuk yuran sarahidup. Jika dikira dari umur 18 tahun hingga habis Ijazah Pertama Kedoktoran (MBBS) di luar negara, anda perlu menyediakan RM500,000 hingga RM 1 juta sepanjang pembelajaran mereka.

Buat kiraan seperti di atas berdasarkan faktor-faktor yang disebutkan. Untuk tujuan kiraan kita namakannya sebagai Jumlah X

Inflasi

Memandangkan kos pendidikan akan ditanggung pada masa hadapan, anda juga perlu mengambil kira faktor inflasi.
Dengan inflasi 3% setahun, RM1 juta bersamaan RM1.7juta selepas 18 tahun. Ini bermakna , jka anak anda baru lahir sekarang,  sebenarnya anda perlu mengumpul RM1.7juta sebelum dia berumur 18 tahun untuk memastikan dia menjadi seorang doktor nanti.

(Kiraan berdasarkan Future Value menggunakan kalkulator http://www.easysurf.cc/vfpt2.htm)

2. Cari Jalan Untuk Mengumpul Jumlah X
Ada berbagai cara untuk menabung Jumlah X, antaranya :

a. Menyimpan setiap bulan
b. Menjalankan perniagaan sambilan
c. Membuat pelaburan : hartanah, stok dsb

3.  Pengurusan risiko simpanan dan sumber simpanan.
Banyak bentuk risiko atau kejadian yang tidak diingini mungkin akan berlaku dalam masa 18 tahun. Bergantung kepada sumber simpanan, terdapat beberapa cara untuk anda boleh menjamin tabungan ini akan kekal sehingga sehingga umur anak and menjangkau 18 tahun. Topik ini akan dikongsi dalam artikel seterusnya bertajuk : Tabung Pendidikan Kanak-Kanak – Bahagian 2 – Pengurusan Risiko pada minggu hadapan.

Rujukan :
http://www.insuranceinfo.com.my/_system/media/downloadables/polisi_pendidikan_anak_insurans.pdf
http://www.insuranceinfo.com.my/choose_your_cover/things_to_note/child_edu_plan.php?intPrefLangID=2
http://www.akpk.org.my/Articles/WangSimpananUntukPendidikanAnak/tabid/322/Default.aspx

Saturday, February 12, 2011

7 Penawar Kepada Dompet Yang Kosong.


Antara bacaan terawal mengenai pengurusan kewangan adalah buku yang ditulis oleh George S Clason yang bertajuk “The Richest Man In Babylon” (Lelaki Terkaya di Babylon). Di zaman kegemilangannya, 8000 tahun lalu, Babylon adalah tamadun yang termaju di dunia. Mereka menyimpan tenaga pakar dalam banyak bidang dan pada satu masa mereka adalah negara yang terkaya di dunia.

Buku ini menceritakan bagaimana lelaki terkaya di Babylon pada masa itu yang bernama Arkad merancang dan mengurus kewangannya. Arkad telah dijemput oleh pemerintah Babylon pada masa itu untuk melatih kakitangan kerajaan dalam bidang kewangan.
Antara ceramah Arkad yang paling menarik bertajuk “7 Penawar Kepada Dompet Yang Kosong”. Berikut adalah ringkasan ceramah tersebut :

1.    Pertama : Gemukkan Dompet Anda
Anda sepatutnya hanya membelanjakan  90% daripada pendapatan anda dan menyimpan sekurang-kurangnya 10% lagi. Dengan melakukan ini setiap bulan atau setiap kali mendapat keuntungan perniagaan, tabungan kewangan anda akan berkembang sebanyak 10% setiap bulan.

2.    Kedua : Kawal Perbelanjaan Anda
Ramai yang mempunyai masalah tidak mampu untuk menyimpan sebanyak 10% setiap bulan kerana perbelanjaan kehidupan yang banyak. Arkad menasihatkan agar anda melihat semula cara perbelanjaan anda. Perkara paling penting adalah tidak keliru dengan keperluan dan kemahuan. Permudahkan cara hidup anda dengan membeli apa yang perlu dan penting dengan bajet 90% pendapatan tersebut.

3.    Ketiga : Gandakan wang simpanan anda
Wang simpanan sebanyak 10% tersebut haruslah dilaburkan untuk mendapat keuntungan bukan hanya disimpan di bawah bantal. Dengan adanya pelaburan yang menguntungkan, duit simpanan itu akan berganda atau “bekerja” untuk tuannya.

4.    Keempat : Halang Kurugian
Pelaburan yang dibuat hendaklah diteliti supaya tidak mendapat kerugian. Jangan terlampau taksub dengan keuntungan yang tidak pasti dan pastikan modal yang digunakan boleh diambil semula sekiranya pelaburan itu tidak membawa keuntungan.

5.    Kelima : Beli Rumah Anda Sendiri
Rumah yang dibeli atas nama sendiri akan mengurangkan perbelanjaan jika dibandingkan dengan rumah yang disewa. Ini adalah kerana hartanah adalah asset yang sentiasa akan naik nilainya.

6.    Keenam : Dapatkan Jaminan  Pendapatan Masa Hadapan Anda
Umur yang semakin tua akan menjadikan keupayaan anda untuk bekerja berkurangan. Oleh itu anda perlu merancang dengan lebih teliti bagaimana untuk memastikan pendapatan masa hadapan anda tidak akan terjejas walaupun pada satu hari nanti anda mungkin tidak boleh bekerja lagi.

7.    Ketujuh : Tingkatkan Keupayaan Pendapatan Anda
Anda harus mempunyai semangat untuk meningkatkan pendapatan anda dan semangat ini haruslah kuat dan berterusan.  Pada masa yang sama anda haruslah berbelanja mengikut kemampuan dan membuat bayaran kepada pemberi hutang tepat pada waktunya. Ini akan menambah kepercayaan orang ramai terhadap anda dan lebih memudahkan lagi kerja atau perniagaan anda. Akhirnya keupayaan pendapatan anda akan bertambah.

Buku ini boleh didapati di semua kedai buku utama seluruh Malaysia.