Wednesday, February 2, 2011

4 Langkah Mudah Pengurusan Kewangan

Tidak kira berapa pendapatan anda setiap bulan, anda perlu merancang perbelanjaan anda secara berhemat.  Adakah anda terlalu banyak berhutang? Perbelanjaan melebihi pendapatan? Tidak ada sebarang simpanan?
Jika anda mempunyai masalah tersebut ada 4 langkah mudah untuk melihat semula keadaan kewangan anda (berdasarkan maklumat http://www.bankinfo.com.my/):

1.    Kenalpasti Matlamat Kewangan Anda

Ada dua perkara penting yang perlu anda fikirkan ; apakah matlamat kewangan yang mahu anda capai dan bila anda mahu ia tercapai?

Jika anda mahu membeli rumah ; anda perlu melihat berapakah bayaran bulanan yang perlu dibuat setiap bulan . Adakah anda mampu menyediakan ansuran bulanan itu dengan pendapatan yang anda ada sekarang? Berapakah bayaran muka yang perlu disediakan? Apakah bayaran-bayaran lain yang mungkin anda perlu sediakan (contoh : cukai pintu, ubahsuai rumah dsb.)?

Jika anda mahu menyimpan wang untuk persaraan ; Berapa lama lagi anda akan bersara? Berapa yang anda perlukan untuk bersara? Adakah anda sudah mempunyai rancangan bagaimana untuk mendapatkan jumlah yang diperlukan?

2.    Jejaki Ke Mana Hilangnya Wang Anda
   
     Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Tujuan utama tindakan ini adalah untuk melihat :
•    Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
•    Berapa banyak hutang anda setiap bulan
•    Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan

3.    Melihat Tabiat Berbelanja Anda

Jika anda tidak mempunyai baki setelah pendapatan anda digunakan setiap bulan anda perlu melihat semual tabiat perbelanjaan anda :

•    Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
•    Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
•    Hutang anda lebih besar daripada pendapatan
•    Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak

4.    Menulis Rancangan Kewangan Anda

Setelah semua di atas dilakukan, anda sekarang sudah bersedia untuk memulakan pelan Rancangan Kewangan untuk mencapai matlamat kewangan anda.

•    Kira semula berapakah jumlah perbelanjaan anda
•    Sediakan jumlah yang cukup untuk perbelanjaan bermusim seperti insurans kereta.
•    Lihat semula perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau tidak benar-benar diperlukan.
•    Lihat berapa banyak baki yang boleh anda ketepikan untuk mencapai matlamat kewangan anda.
•    Kira semula bila matlamat kewangan and akan tercapai dengan baki yang telah diketepikan.
•    Jika berdasarkan pengiraan, anda tidak boleh mencapai matlamat itu dalam jangkamasa yang anda mahu, cari jalan bagaimana anda boleh meningkatkan pendapatan.

Pelan Rancangan Kewangan ini haruslah diikuti sehingga matlamat kewangan anda tercapai.

Rujukan:
 http://www.bankinginfo.com.my/01_plan_your_finances/0101_managing_your_money/stepbystep.php?intPrefLangID=2&

No comments:

Post a Comment